Dapatkan post terkini terus ke email anda. Masukkan email anda di sini.

Follow by Email

Tips Menguruskan Kad Kredit


KAD KREDIT

Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat untuk membatalkan kad kredit. Mungkin Viruspronto boleh mempertimbangkan semula
sama ada kad kredit yang anda miliki masih diperlukan ataupun tidak.

------------------
KELEBIHAN
------------------

1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.

2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.

3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan sebagainya kepada pelanggan.

4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.

-----------------------
KEKURANGAN
-----------------------

1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan
oleh pencuri tersebut.

3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh.

4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.

5. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.

6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun.

7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.

8. Anda mengambil masa yang lama untuk membayar hutang kad kredit jika hanya membayar jumlah minimum pada setiap bulan.

------------------------------------------------------
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT
------------------------------------------------------

1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.

2. Gunakan satu kad kredit sahaja.

3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh.

4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.

Sebenarnye banyak lagi tips2 yg best dan berguna. Kalau nak tau lebih lanjut, klik sini.

No comments:

Post a Comment