Dapatkan post terkini terus ke email anda. Masukkan email anda di sini.

Follow by Email

Panduan Jimat Wang Belanja

Dengan kenaikan harga barangan serta petrol, tindakan menyusun semula perbelanjaan anda adalah satu tindakan bijak. Harap panduan di bawah dapat membantu anda.
1. Senaraikan barang keperluan dan pilih yang mana perlu mengikut keutamaan.
2. Buat analisis antara satu jenama ke satu jenama yang lain.
3. Beli barangan secara terus daripada pembekal atau pengeluar. Contoh jika di kawasan rumah anda mempunyai pasar tani yang memasarkan secara terus sayur-sayuran, lebih menguntungkan anda membeli di pasar tani berbanding di kedai. Lebih segar dan menjimatkan.
4. Beli barangan runcit (yang tahan lama) dalam kuantiti yang banyak.
5. Abaikan segala pembelian makanan ringan yang tidak berzat.
6. Beli yang perlu sahaja mengikut senarai barang yang telah ditulis.
7. Gunakan kupon atau diskaun yang diberikan oleh pasaraya-pasaraya sebaik mungkin.
8. Beli ketika jualan murah. Pastikan barang tersebut betul-betul murah.

No comments:

Post a Comment