Dapatkan post terkini terus ke email anda. Masukkan email anda di sini.

Follow by Email

MEMPERBAIKI BAJET KEWANGAN PERIBADI

Ramai di kalangan kita yang setiap hari bergelut dgn masalah 'bajet lari' atau kesempitan duit terutama bila nak sampai hujung bulan. Cara terbaik utk anda tidur lena di waktu malam ialah dgn mengatur semula cara anda berbelanja.

Perbelanjaan Bil rumah seperti bil api,air, internet, astro dll. Nilai semula penggunaan dan bayaran bulanannya. Bil air dan api boleh dijimatkan dgn mengamalkan langkah penjimatan ketika menggunakan api dan air di rumah. Elakkan membiarkan lampu terpasang jika tiada sebab yang memerlukan ianya terpasang. Cthnya anda sedang menonton tv di ruang tamu, tutup lampu bilik, bilik air atau lampu di dapur. Membiarkan alat elektronik anda dalam keadaan 'mode standby' seperti tv dan radio juga boleh menaikkan bil api anda kerana dlm 'mode standby' peralatan elektrik tersebut masih lagi menerima arus elektrik masuk. Jadi bil api anda masih berjalan ketika waktu tersebut.

Jika anda mempunyai kemudahan 'wifi' di rumah, ianya juga boleh meningkatkan penggunaan elektrik. Jadi anda perlu menilai semula sama ada penggunaan 'wifi' adalah satu keperluan atau sahaja suka-suka. Buat perbandingan dari segi kos jika anda menggunakan 'wifi' yang akan terpasang 24 jam di rumah anda dgn menggunakan 'broadband' yang tidak menggunakan elektrik. Tepuk dada tanya selera. Teknik ini bergantung kepada keperluan internet anda di rumah.

Sekarang ini hampir semua rumah mempunyai mesin basuh. Memang senang kerja bila ada mesin basuh ni. Tapi tahukah anda sebenarnya mesin basuh menggunakan jumlah air yang banyak?? Jika dibandingkan dgn membasuh kain dengan cara manual (basuh pakai tangan la), secara manual lebih menjimatkan [dan lebih bersih :) ]. Jadi gunakanlah penilaian anda utk membasuh kain. Jika 5 helai je kain tu, baik la basuh tangan je. Jimat air dan elektrik, anda juga boleh exercise tangan, kan? :-)

Harap anda mendapat sedikit manfaat dgn tips di atas. Walaupun anda mungkin hanya jimatkan RM 10 shj dgn melakukan perkara seperti yg dicadangkan di atas, tetapi jika dikumpul-kumpulkan, banyak jadinya, kan????

No comments:

Post a Comment