Dapatkan post terkini terus ke email anda. Masukkan email anda di sini.

Follow by Email

Tips Membeli Kereta 2

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??

Jika anda belum membaca post saya mengenai Tips Membeli Kereta, sila baca di sini.

Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima @ keenam. Tp dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga daripada cth di atas.

Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.

Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.

Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua      : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863

Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.

Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25. Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.

Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022

Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :) tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]

Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].

Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.

Jadi, anda bagaimana??? Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.

Tips Membeli Kereta

Hari nih TJW nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna - ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..

-----------------------------------
OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)
------------------------------------

Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?

Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.

---------------------------------------------------
KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)
---------------------------------------------------
Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:

Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.

Harga Kereta      : RM43,800.00
Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00
                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00

Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  ---> inilah harga kereta yang anda perlu byr.

RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.

-------------------------------------------------------------------
KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]
-------------------------------------------------------------------
Kita ambik cth yg sama seperti di atas.

Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.

Harga Kereta    : RM43,800.00
Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00
Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70
                         RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00

Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  ---> inilah harga kereta yang anda perlu byr.

RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank. 

Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. Saya akan sambung pd post akan dtg utk bercerita bagaimana nak kurangkan bayaran faedah pd bank. Jumpa lagi ye...

MEMPERBAIKI BAJET KEWANGAN PERIBADI

Ramai di kalangan kita yang setiap hari bergelut dgn masalah 'bajet lari' atau kesempitan duit terutama bila nak sampai hujung bulan. Cara terbaik utk anda tidur lena di waktu malam ialah dgn mengatur semula cara anda berbelanja.

Perbelanjaan Bil rumah seperti bil api,air, internet, astro dll. Nilai semula penggunaan dan bayaran bulanannya. Bil air dan api boleh dijimatkan dgn mengamalkan langkah penjimatan ketika menggunakan api dan air di rumah. Elakkan membiarkan lampu terpasang jika tiada sebab yang memerlukan ianya terpasang. Cthnya anda sedang menonton tv di ruang tamu, tutup lampu bilik, bilik air atau lampu di dapur. Membiarkan alat elektronik anda dalam keadaan 'mode standby' seperti tv dan radio juga boleh menaikkan bil api anda kerana dlm 'mode standby' peralatan elektrik tersebut masih lagi menerima arus elektrik masuk. Jadi bil api anda masih berjalan ketika waktu tersebut.

Jika anda mempunyai kemudahan 'wifi' di rumah, ianya juga boleh meningkatkan penggunaan elektrik. Jadi anda perlu menilai semula sama ada penggunaan 'wifi' adalah satu keperluan atau sahaja suka-suka. Buat perbandingan dari segi kos jika anda menggunakan 'wifi' yang akan terpasang 24 jam di rumah anda dgn menggunakan 'broadband' yang tidak menggunakan elektrik. Tepuk dada tanya selera. Teknik ini bergantung kepada keperluan internet anda di rumah.

Sekarang ini hampir semua rumah mempunyai mesin basuh. Memang senang kerja bila ada mesin basuh ni. Tapi tahukah anda sebenarnya mesin basuh menggunakan jumlah air yang banyak?? Jika dibandingkan dgn membasuh kain dengan cara manual (basuh pakai tangan la), secara manual lebih menjimatkan [dan lebih bersih :) ]. Jadi gunakanlah penilaian anda utk membasuh kain. Jika 5 helai je kain tu, baik la basuh tangan je. Jimat air dan elektrik, anda juga boleh exercise tangan, kan? :-)

Harap anda mendapat sedikit manfaat dgn tips di atas. Walaupun anda mungkin hanya jimatkan RM 10 shj dgn melakukan perkara seperti yg dicadangkan di atas, tetapi jika dikumpul-kumpulkan, banyak jadinya, kan????

Perniagaan Internet vs Pelaburan Internet


Ramai masyarakat yang terkeliru  dengan  istilah  PELABURAN  INTERNET  dengan  PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai.

Membuat  duit  atau  menghasilkan  pendapatan  melalui  internet  sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di  internet... diulangi..  PERNIAGAAN   INTERNET. Oleh itu, biar saya ceritakan apakah itu perniagaan internet yang sebenarnya (yang sah di sisi undang-undang dan memang betul-betul boleh buat duit..insyaAllah.  

Satu  kaedah  yang  paling  pasti  untuk  membolehkan  anda  membuat  duit  di internet adalah dengan  menjalankan perniagaan  anda  di internet. Perniagaan internet tidak jauh  berbeza  konsepnya  dengan  perniagaan  konvesional. Anda masih  memerlukan  produk  untuk  dijual  dan  memerlukan  pelanggan  untuk membeli.  Apa  yang  berbeza  hanyalah  proses  transaksi  urusniaga  tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya. Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan  yang  berasaskan"  produk  ataupun  "perniagaan  yang  berasaskan perkhidmatan". 

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan. 

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)    
  • Perkhidmatan membina website.  
  • Perkhidmatan memasang perisian. 
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel       

Perniagaan Berasaskan Produk

Bagi  perniagaan  internet  yang  berasaskan  produk pula,  ia  boleh  dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal
  • Menjual tikar
  • Menjual buku
  • Menjual Peta
  • ...dan lain lain lagi

Produk Digital
 
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik professional.
  • Menjual video-video tutorial
…dan bermacam-macam lagi...

 
Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama..  ada  penjual,  ada  pembeli  dan  ada  produk.  Di  dalam  Perniagaan Internet... . tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk  membina  sebuah  perniagaan  internet  yang  berjaya  bukanlah  sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang  tinggi,  terutamanya  ilmu-ilmu  yang  berkaitan  dengan  dunia  perniagaan. Untuk   membina   sebuah   perniagaan   internet   yang   berjaya,   anda   perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche  Market Research", "Product Development", 

Kesimpulannya... BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara yang ajaib dan  penuh  dengan  tipu  daya!.  Ianya  tidak  mustahil  dan  telah  pun  dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet.

Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN
INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza. 

sumber: Thanks to Mohd Suhaimy a.k.a shuth  
                            WangCyber.com

Panduan Jimat Wang Belanja

Dengan kenaikan harga barangan serta petrol, tindakan menyusun semula perbelanjaan anda adalah satu tindakan bijak. Harap panduan di bawah dapat membantu anda.
1. Senaraikan barang keperluan dan pilih yang mana perlu mengikut keutamaan.
2. Buat analisis antara satu jenama ke satu jenama yang lain.
3. Beli barangan secara terus daripada pembekal atau pengeluar. Contoh jika di kawasan rumah anda mempunyai pasar tani yang memasarkan secara terus sayur-sayuran, lebih menguntungkan anda membeli di pasar tani berbanding di kedai. Lebih segar dan menjimatkan.
4. Beli barangan runcit (yang tahan lama) dalam kuantiti yang banyak.
5. Abaikan segala pembelian makanan ringan yang tidak berzat.
6. Beli yang perlu sahaja mengikut senarai barang yang telah ditulis.
7. Gunakan kupon atau diskaun yang diberikan oleh pasaraya-pasaraya sebaik mungkin.
8. Beli ketika jualan murah. Pastikan barang tersebut betul-betul murah.

Tips Menguruskan Kad Kredit


KAD KREDIT

Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat untuk membatalkan kad kredit. Mungkin Viruspronto boleh mempertimbangkan semula
sama ada kad kredit yang anda miliki masih diperlukan ataupun tidak.

------------------
KELEBIHAN
------------------

1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.

2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.

3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan sebagainya kepada pelanggan.

4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.

-----------------------
KEKURANGAN
-----------------------

1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan
oleh pencuri tersebut.

3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh.

4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.

5. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.

6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun.

7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.

8. Anda mengambil masa yang lama untuk membayar hutang kad kredit jika hanya membayar jumlah minimum pada setiap bulan.

------------------------------------------------------
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT
------------------------------------------------------

1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.

2. Gunakan satu kad kredit sahaja.

3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh.

4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.

Sebenarnye banyak lagi tips2 yg best dan berguna. Kalau nak tau lebih lanjut, klik sini.

"EKSKLUSIF : Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit"

"Mahukah Anda Pelajari Bagaimana Menukarkan
Kad Kredit Daripada MUSUH Kepada KAWAN
Yang 'Menyelamatkan' Hidup Anda.. Seterusnya TIDAK Perlu Bimbang Soal Hutang Lagi..?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan,

Terima kasih kerana melayari laman web ini. Berikan saya masa satu minit untuk saya yakinkan kepada anda bahawa kad kredit bukanlah musuh, sebaliknya adalah kawan kepada sesiapa sahaja termasuk anda jika "tahu cara sebenar" menggunakannya!

Diluar sana terdapat ramai pakar kewangan dan banyak buku yang menakut-nakutkan anda bahawa apabila memiliki kad kredit, anda pasti akan berdepan dengan masalah tunggakkan hutang yang amat kritikal kelak!

Biar saya beritahu perkara sebenar kepada anda... HANYA orang yang "kurang bijak" dan "tidak tahu" menggunakan kad kredit sahaja akan berdepan dengan masalah tersebut. Mereka inilah yang menjadikan kad kredit sebagai MUSUH selepas puas menggunakannya.

Kawan..., saya sendiri memiliki kad kredit dan menjadikannya sebagai KAWAN BAIK saya. Hati saya gembira dan seronok setiap kali menggunakannya.. "tak fikir pun fasal hutang.."

Tentu anda berasa pelik dan mengeleng-gelengkan kepala mengapa saya begitu seronok dengan kad kredit yang saya miliki sedangkan majoriti pakar-pakar kewangan lain MENEGAH sama sekali daripada menggunakannya!

Percayalah, anda tidak perlu terlalu takut apabila mahu atau ingin menggunakan kad kredit. Lebih-lebih lagi setelah anda "tahu cara sebenar" menggunakannya! Semuanya akan saya dedahkan sebentar lagi..!

Terus terang saya katakan, ianya bukanlah RAHSIA yang tersembunyi mahupun disembunyikan oleh orang-orang tertentu sebaliknya "teknik" ini merupakan teknik paling "EFEKTIF" dalam menggunakan kad kredit. Anda tidak akan sesekali tersepit dengan hutang jika mengikuti 'segala apa yang saya ajarkan'.


"Biar Saya Tunjukkan Bagaimana Menjadikan Kad Kredit Sebagai Kawan Yang Paling Anda Sayangi!"

Jika selama ini anda ragu-ragu untuk menggunakan kad kredit atau sedang berkira-kira dan takut untuk menggunakan kad kredit, laporan saya ini akan mengubah persepsi dan pandangan anda secara automatik..

Saya yakin dan teramat pasti tentu anda terkejut kerana "teknik" ini begitu mudah sekali tetapi masih ramai yang tersilap langkah dan terjebak dengan hutang kad kredit.. mungkin mereka tidak tahu atau belum tahu. Oleh itu... sudah tiba masanya untuk anda tahu "teknik" tersebut hari ini!. - Jangan sampai anda jadi seperti mereka!

Memperkenalkan.. sebuah laporan ISTIMEWA dari saya...




Alhamdulillah, sejak saya menggunakan kad kredit, saya tidak pernah menghadapi masalah hutang. Sebaliknya saya terus menerus menggunakan kad kredit setiap kali keluar sama ada membeli belah, mengisi minyak petrol dan sebagainya.

Opss... jangan anggap yang bukan-bukan! Saya TIDAK sesekali mengajar anda berhutang tanpa sebab atau saya bukan menyuruh anda berhutang dan mengumpul hutang secara membabi buta!.

Apa yang saya maksudkan ialah, saya menggunakan kad kredit sebagai alat yang memudahkan urusan seharian dan ianya dikombinasikan dengan "teknik" yang saya ajarkan di dalam "Laporan Ekslusif : Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit".



"Ambil Masa Kurang Dari 10 Minit Untuk
Baca Laporan EKSLUSIF Saya Ini!"


Berminat utk mendapatkan laporan ini? Hanya RM 10 sahaja. 

Langkah 1 - Butiran Bayaran

Sila buat bayaran terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang yang telah disediakan. 

Sila buat bayaran sebanyak RM10 ke akaun 
MAYBANK - 112521087490
SHARIZAT BIN AHMAD NAWAWI

PENTING : Jika anda menggunakan perbankkan internet, sila masukkan email seperti yang tertera di bawah untuk rujukan dan simpanan rekod saya.
teknikjimatwang@gmail.com

Pastikan anda 'paste'kan bukti pembelian anda di ruang Bukti Pembayaran di bawah.
INGAT!! Sila isi borang di bawah SELEPAS anda membuat pembayaran.








Nama Anda:




Alamat Email Anda:




No hp




Tarikh Bayar




Masa Bayar




Bukti Pembayaran







Get your own free form like this one.









Benar.. anda hanya perlu luangkan sedikit masa untuk membaca laporan ekslusif ini! Saya tidak menulisnya secara panjang lebar sehingga 100 muka surat (seperti mana kebanyakkan ebook lain) yang akan membuatkan anda bosan.. sebaliknya ianya hanya 22 muka surat yang cukup menerangkan segala-galanya!

Ya! Ianya betul-betul simple dan sempoi... Hanya RM10 sahaja. Besarkah harga RM10 jika dibandingkan dengan informasi serta maklumat yang bakal anda perolehi? Berikut adalah antara intipati isi kandungan laporan ekslusif ini :





Bagaimana anda boleh 'bershopping' sakan dengan kad kredit dan dalam masa yang sama anda boleh membayar baki kad kredit anda. Tak de hutang-hutang pun!


RAHSIA menggunakan kad kredit dengan cara yang EFEKTIF ini ramai yang tahu tetapi lebih ramai yang tidak mempedulikannya.


Kenapa anda PERLUKAN kad kredit walaupun anda TIDAK memerlukannya langsung! Semuanya dibongkarkan dalam laporan ekslusif ini!


Apa yang menyebabkan sesetengah pemegang kad kredit menanggung hutang yang banyak sedangkan orang lain bertambah kaya hanya dengan berbelanja guna kad kredit.


Apa yang anda JANGAN buat dan mengapa ianya AMAT penting untuk anda patuhi.


BONUS - Saya tunjukkan kepada anda 7 cara untuk melangsaikan hutang kad kredit dengan pantas dan cepat!


Tahukah anda bahawa terdapat 8 perkara yang perlu anda ketahui sebelum memiliki kad kredit? Jika anda belum tahu, jawapannya terletak di muka surat 9.


Belajar bagaimana anda boleh jadikan kad kredit sebagai TEMAN SETIA anda kemana-mana sahaja dan TIDAK ragu-ragu lagi untuk menggunakannya pada bila-bila masa!

Saya ingatkan di sini. Laporan ekslusif ini bukan ebook SAMPAH atau 'omongan kosong' semata-mata, sebaliknya ianya sebuah informasi kewangan yang amat bermanfaat dan berguna kepada semua pemegang kad kredit khususnya. Apa gunanya jika anda memilki kad kredit tetapi tidak tahu cara yang MAKSIMUM dan EFEKTIF menggunakan kad kredit!

"Laporan Ekslusif : Teknik EKFEKTIF Guna Kad Kredit" merupakan produk informasi berasaskan kewangan yang berkualiti kerana pada ketika ini ramai pemegang kad kredit masih 'tidak tahu' atau 'belum tahu' cara yang betul menggunakan kad kredit.
teknikjimatwang.blogspot.com
teknikjimatwang@gmail.com 

p.s : "Laporan Ekslusif : Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit" ini merupakan sebuah laporan yang akan menyelamatkan kesemua pemegang kad kredit daripada terlibat atau terjebak dengan masalah hutang.

p.p.s : Selepas anda membaca laporan ekslusif ini, anda pasti tidak akan berasa ragu-ragu lagi untuk menggunakan kad kredit tidak kira masa, waktu dan dimana jua!